Jumaat, 3 Mei 2013

Modul2 matematik tambahan


Tingkatan 4

1. functions
2-quadraticequations
3-quadratic-functions
4-simultaneousequations
5-indices-and-logarithms
6-coordinate-geometry

Perhatian


1. Kepada pelajar-pelajar tingkatan 5 yang berminat untuk membeli buku past year math dan add math boleh menempah pada guru matapelajaran kelas berkenaan. Harga buku past year ialah 20% diskaun dari harga asal

2. Kepada mana-mana pelajar yang berminat untuk membeli buku rujukan matematik success keluaran oxford fajar yang merangkumi nota dan latihan tingkatan 4 dan 5, buku tersebut boleh ditempah kepada cikgu Pahwazull dengan harga RM 20 sahaja, harga asal ialah 28.95.

Mesyuarat Panitia Ke-2 2013

 
Panitia matematik SMK. Convent Taiping akan mengadakan mesyuarat panitia ke-2 2013 seperti ketentuan berikut :
Tarikh : 2 Mei 2013
 
Masa : 2 pm
 
Tempat : Bilik Operasi
 
 
Segala komitmen kita bersama amat dihargai.
 
 
Agenda :
 
 
1.            Kata-kata aluan
2.            Pengesahan minit mesyuarat kali ke-4 2012
3.            Laporan PPP1
4.            Kem matematik
5.            Jadual anjal
6.            Peperiksaan PPT – soalan, JSU
 
7.            Hal-hal lain

Khamis, 10 Januari 2013

Modul 1 masa



Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan modul 1 masa bolehla menghubungi saya. Modul 1 masa tingkatan 5 RM 6.00

Jumaat, 4 Januari 2013

Salam Selamat Tahun baru 2013

Selamat datang pelajar-pelajar ke sekolah dan selamat bertugas guru-guru. Sebagai memulakan sesi baru persekolahan adalah menjadi kebiasaan beberapa perkara perlu diberi perhatian iaitu perihal persediaan memulakan pembelajaran. Berikut ialah Anchor teacher untuk setiap tingkatan :

Ting. 1: Pn. Rohani Mat
Ting. 2: Cik Nur Afiqah Yahaya
Ting. 3: En. Hairo Rose Sidi Bin Abu Bakar
Ting. 4: Pn. Norizan Zainal
Ting. 5: En. Pahwazull Khair Bin Shafie

Sebarang perihal tentang matematik tingkatan berkenaan bolehla merujuk guru-guru berkenaan.

Maklumat Untuk Tingkatan 5:

Buku Kerja : RM 6.30
Modul P&P : RM 6.00

Maklumat untuk Tingkatan 4 :

Buku kerja : RM 6.30
Modul :


Matematik Tambahan:

Anchor teacher:

Ting. 5 : Pn. Zainab Binti Abd. Rahman
Ting. 4 : Pn. Zainab Binti Abd. Rahman

Rabu, 30 November 2011

Pemegang kad matematik ikon PAT 2011

Tahniah kepada pemegang kad ini. Diharap pelajar-pelajar lain begitu bersungguh untuk mencuba memilikinya. Kad ini tiada nilai dari segi wang tetapi begitu tinggi nilainya. Tidak semua dapat memilikinya tetapi bukan mustahil untuk memilikinya. Sekiranya markah tertinggi menjadi milik lebih dari seorang untuk sesuatu kelas makanya kad ini menjadi milik semua yang memiliki markah tersebut bukan terhad satu orang setiap kelas. Ayuh cubalah memilikinya.

Kadmatematik ikon ver. 2.0





Tahniah kepada

1.   CHUAH SZE YUEN                                                   4VT2                    70% B
2.  JEEVANANDINI A/P KARUNAGARAN                           4S4                      99% A+
3.  LIM SHWU MEI                                                       4S2                      83% A
4.  YEAP MEI LEE                                                         4S3                      95% A+
5.  NURUL SUHAIDA BINTI AZHARI                                 5VT1                    97% A+        (Percubaan SPM) 




Mesyuarat Panitia Matematik Kali pertama 2012

Tarikh : 29 Disember 2011
Masa : 10 am
Tempat : Kelas 2RK1

Harap Maklum

Mesyuarat panitia kali ke 4 2011

Tarikh : 2 November 2011 (Rabu)
Masa : 1.30 pm
Tempat : Kelas 2RK1

Sehubungan dengan itu satu "in-house" akan diberi oleh En Pahwazull Khair berhubung dengan Kursus Pedagogi dan kreativiti dalam P&P yang dihadiri beliau.

Khamis, 11 Ogos 2011

Bengkel Teknik menjawab Kertas 2 Matematik SPM 2011

Penceramah jemputan ialah guru cemerlang dari SERATAS iaitu EN. Loh

Tarikh : 12 Ogos 2011 (Jumaat)
Masa : 8.00 - 10.00 Pagi
Tempat : Dewan Konsert SMK. Convent Taiping
Sasaran : Semua pelajar Tingkatan 5 SMK. Convent Taiping

Best of Luck.  Matematik di Mercu

Kad Ikon Matematik

Inilah contoh kad ikon matematik. kad ini hanya dianugerahkan kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi sahaja dalam kelasnya. Kad ini baru diperkenalkan pada ujian ogos dan hanya untuk kelas 4S4, 4S3, 4S2, 4VT2 dan 5VT1 sahaja buat masa ini. Pada masa akan datang akan diluaskan untuk semua kelas.


Contoh kad ikon Matematik


Taniah pada penerima sulung :

4S4 :   JEEVANANDINI A/P KARUNAGARAN      100%   A+
4S3 :  DIANA LIM CHING CHING                     100%   A+
4S2 :  Mahalashmi a/p arunasalam           88%    A
4VT2:  Chuah sze yuen                                87%    A





Sabtu, 23 Julai 2011

Kursus Pemantapan Pedagogi guru Sains dan Matematik

Tempat : Virgo Batik Resort, Lumut, Perak
Tarikh : 26 - 28 Julai 2011

Guru yang ditugaskan : En. Pahwazull Khair Bin Shafie
Kelas - kelas yang saya tinggalkan semasa ketiadaan saya akan saya bekalkan dengan latihan revision untuk memantapkan persediaan ujian Ogos. Best of Luck

Bersama memartabatkan Matematik di Mercu

Memori diperjalanan ini

Ahad, 17 Julai 2011

Bengkel menjawab soalan matematik SPM 2011

Sehubungan dengan itu SMKCT akan menghantar empat pelajar seperti diminta oleh panitia daerah:

Tarikh : 23 Julai 2011
Tempat : Dewan Kuliah SERATAS
Masa : 8.00 - 12.00
Bayaran : RM 5 seorang (Ditanggung oleh sekolah)
Pengangkutan : pergi dan balik diuruskan sendiri oleh pelajar, pelajar-pelajar yang terlibat hendaklah berada di SERATAS pada masa yang ditetapkan.

Guru pengiring yang ditugaskan : En. Yim Kai Suen

"Bersama memartabatkan Matematik di Mercu"

Fakta tentang matematik

FAKTA PENTING!
90% pelajar Tidak Didedah dengan soalan bertaraf Peperiksaan sejak di peringkat awal lagi.

90% Pelajar Cemerlang Matematik mengatakan mereka mengulangkaji dengan membuat latih tubi  Soalan Peperiksaan tahun lepas secara    BERULANG KALI

90% pelajar gagal Matematik kerana tidak mengetahui format Soalan dengan baik.Rata-rata tidak tahu perbezaan bentuk soalan di kertas 1 dan kertas 2 dengan baik.

Kebanyakan pelajar langsung tak tahu nama tajuk soalan ,menyebabkan mereka tak tahu formula dan operasi yang sesuai digunakan.

Kebanyakan pelajar tidak tahu soalan mana perlu didahulukan dan Soalan mana perlu dikemudiankan untuk dijadikan medan latihan.

Kebanyakan pelajar tidak mengetahui bahawa Soalan Peperiksaan sebenar hanya dipusing - pusing sedikit sahaja dari sebelumnya

Kebanyakan Pelajar Cemerlang Matematik akan membuat Persediaan Khusus mengikut jenis peperiksaan yang akan dihadapinya berbeza dengan pelajar gagal yang hanya belajar   ........mengikut topik by topik semata-mata.

Kekurangan pengetahuan dan pendedahan tentang teknik menjawab soalan sejak dari awallagi juga merupakan salah satu punca pelajar gagal

Matematik ialah sangat menarik dan universal, menguasainya satu kepuasan dalam diri kita dan pakar matematik ialah penyelesai masalah terbaik...

Mesyuarat Panitia ke-3

Panitia matematik SMKCT akan mengadakan mesyuarat panitia kali ketiga seperti ketentuan berikut

Tarikh : 16/7/11
Tempat :5VT1
Masa : 9.00 Pagi

Semua ahli panitia diwajibkan hadir bagi melicinkan perjalanan mesyuarat. Sekia terima kasih

Khamis, 16 Jun 2011

Pakar Matematik

Pakar Matematik bertaraf dunia








UMURNYA baru 29 tahun tetapi pencapaian dalam bidang matematik sangat mengagumkan. Dengan penampilannya yang besederhana, pasti ramai yang tidak menyangka Mohd. Suhaimi Ramly ialah seorang pakar matematik bertaraf dunia.
Bermula sebagai wakil negara dalam Pertandingan Matematik Olimpiad Antarabangsa (IMO) di Romania ketika berusia 16 tahun, Suhaimi kini bergelar pakar matematik bertaraf dunia.
Walaupun penyertaan kali pertamanya pada tahun 1999 itu tidak membuahkan hasil, ia tetap dianggap pengalaman bernilai yang memacu minatnya untuk berusaha lebih gigih.
“Sebelum ke IMO, saya menyertai Olimpiad Matematik Kebangsaan (OMK) dan pernah meraih anugerah juara pada 1998 dan 2000.
“Ia keputusan yang tidak dijangka kerana saya memasuki OMK tanpa sebarang latihan. Selepas itu, barulah saya ditawarkan untuk berlatih bersama Prof. Abu Osman dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk mewakili negara,” ujar bekas penuntut Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Jasin, Melaka ini.
Pingat pertama negara
Kerja kerasnya berbaloi apabila terpilih sekali lagi untuk mewakili negara dalam pertandingan sama pada tahun berikutnya. Kali ini, dewan besar di Korea Selatan menjadi medan perjuangan Suhaimi.
“Alhamdulillah, saya berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk negara. Ia adalah pingat pertama untuk Malaysia sejak menyertai pertandingan berprestij tersebut sejak tahun 1995,” ujarnya ketika ditemui baru-baru ini di pejabatnya di Setapak, Kuala Lumpur.
Tahun berikutnya, dia sekali lagi dipilih mewakili negara ke pertandingan sama. Kali ini, Suhaimi dan enam orang rakan terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk menduduki peperiksaan IMO. Dengan mendapat satu jawapan betul, dia layak menerima Sijil Sanjungan Terhormat.
“IMO adalah satu pertandingan matematik bertaraf dunia untuk pelajar sekolah menengah. Lebih 100 negara mengambil bahagian dengan setiap negara menghantar enam orang wakil.
“Pertandingan ini tiada kategori. Lebih 500 pelajar pintar matematik dari seluruh dunia akan duduk dalam satu dewan besar untuk menjawab peperiksaan. Had umur yang ditetapkan ialah bawah 20 tahun dan belum memasuki universiti.
“Semua peserta tidak kira yang berusia 13 tahun hingga 20 tahun akan duduk dalam satu dewan dan menjawab soalan yang sama.

KURANG mendapat latihan semasa zamannya mewakili negara, kini Suhaimi nekad membantu para peserta dengan melatih mereka secara intensif.



“Ia berlangsung selama dua hari. Untuk hari pertama, peserta akan diberikan tiga soalan dan perlu menyelesaikannya dalam tempoh empat jam setengah. Rutin yang sama juga ditempuh untuk hari kedua.
“Mungkin ramai yang pelik, kenapa hanya tiga soalan dan mengapa ia perlu mengambil masa hingga empat jam setengah.
“Berdasarkan pengalaman terdahulu, masa yang diberikan itu tidak cukup kerana soalan-soalan yang diberikan amat sukar.
“Soalan itu sebenarnya direka oleh pakar-pakar matematik dan profesor dalam bidang ini dari seluruh dunia,” ujar graduan matematik dari Massachusetts Institute Of Technology (MIT) ini.
Gugup
Mengimbau pengalamannya bertanding di peringkat dunia, Suhaimi akui dia tidak dapat lari daripada perasaan gugup dan gementar terutamanya ketika kali pertama dia mewakili negara.
“Saya masih ingat lagi bila saya mendapat kertas soalan, saya hanya pandang soalan berjam-jam lamanya. Soalannya terlalu sukar sehinggakan saya tidak tahu dari mana saya harus mula menjawab.
“Sedar-sedar masa sudah tinggal setengah jam dan dalam masa yang terlalu singkat itu tidak banyak yang mampu saya lakukan,” kenangnya yang suka mengisi masa lapang dengan menyelesaikan soalan matematik.
Katanya lagi, minat terhadap subjek kira-kira itu bercambah ketika belajar di tingkatan tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak, Suhaimi sangat berterima kasih kepada guru matematiknya ketika itu, Cikgu Chiu Kam Choon.
“Beliau adalah insan yang membuatkan saya jatuh cinta pada matematik. Bagi saya, pengajarannya sangat berkesan dan sejak itu saya tidak lagi menganggap subjek mengira ini susah,” ujarnya yang kini menjadi Ketua Jurulatih Negara untuk IMO.
Julai depan, Suhaimi akan mengetuai pasukan negara bersama enam orang peserta untuk mengikuti IMO di Amsterdam, Belanda. Kali ini, dua peserta berusia 15 tahun turut terpilih mewakili negara ke pertandingan tersebut.
Selain dibiayai oleh Kementerian Pelajaran, badan korporat ExxonMobil turut sama menaja kumpulan Malaysia ke IMO.
“Para peserta perlu menjalani latihan intensif selama sekurang-kurangnya 250 jam sebelum layak memasuki IMO. Walaupun yang mendaftar itu semunya sering mendapat markah tertinggi dalam subjek ini, mereka perlu kuat berusaha dan berlatih sekurang-kurangnya empat jam sehari.

KONGSI rahsia. Pesara ini optimis teknik ciptaannya dapat membantu pelajar sekolah menguasai matematik dengan lebih mudah.



“Di bawah Persatuan Sains Matematik Malaysia (Persama), kami juga mempunyai sekumpulan jurulatih yang terdiri daripada pensyarah dan profesor matematik tempatan, diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa IMO Malaysia yang juga Timbalan Presiden Persama, Prof. Dr. Arsmah Ibrahim dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Daripada sesi latihan dan ujian berperingkat yang dijalankan selama setahun, baru kita dapat kenal pasti enam peserta terbaik untuk mewakili negara.
“Asas pemilihan juga tidak bergantung sepenuhnya kepada kebijakan mereka menjawab soalan tetapi turut meliputi pemikiran kritis dan kreativiti mereka menyelesaikan masalah yang diberikan,” katanya yang turut menulis buku khas mengenai asas matematik bagi pertandingan Olimpiad bertujuan memudahkan guru dan pelajar membuat rujukan. Antara topik yang telah diterbitkan ialah Algebra, Kombinatoriks, Teori Nombor dan Geometri.
Selain bertanggungjawab menjadi ketua kontinjen negara, Suhaimi juga merupakan juri antarabangsa termuda yang turut serta menyediakan soalan dan menanda kertas peperiksaan pada pertandingan matematik bertaraf dunia itu.
“Tahun lepas Malaysia telah memenangi pingat perak di IMO. Kalau boleh, tahun ini kita mahu pingat emas,” ungkapnya.
Strok
Jika bakat Suhaimi digilap menerusi pertandingan IMO, lain pula ceritanya dengan Jaludin Meran, 67.
Minat yang mendalam terhadap mata pelajaran Matematik sejak di bangku sekolah telah mendorong pesara ini mencipta cara mudah untuk menguasai matematik.
Menariknya, dia mencipta kejayaan itu semasa menderita penyakit angin ahmar pada 2008.
“Semasa sakit, saya cuba mencari jalan bagaimana untuk menyelesaikan masalah pengiraan dan menguasai asas nombor kerana saya percaya ia dapat membantu saya pulih," katanya yang pernah berkhidmat sebagai Pengawal Trafik Udara, Tentera Udara Diraja Malaysia selama 12 tahun.
Mengambil masa setahun setengah untuk mencipta cara mudah menguasai matematik, Jaludin banyak menggunakan kiraan dari sebelah kiri selain menghafal menggunakan kod abjad.
“Jika kaedah ini dipraktikkan, saya boleh jamin, pelajar tingkatan lima boleh mendapat A dalam subjek Matematik. Selain pengiraan lebih mudah, pelajar hanya perlu mengunakan jalan mudah untuk menyelesaikan soalan walaupun melibatkan angka yang besar,” katanya yang turut merangkumkan kaedah mudah tersebut menerusi penulisannya dalam buku setebal 110 halaman yang bertajuk Be A Math Genius In 10 Days.
Jaludin juga mencipta kaedah unik untuk mengingati kalendar.
“Dengan kaedah ini saya boleh ingat tarikh dan hari dengan tepat untuk tempoh 300 tahun,” katanya




Selasa, 31 Mei 2011

Kaedah Kreatif Matematik

Untuk menguasai ilmu matematik atau sebarang ilmu ialah kita mesti mempunyai jiwa terhadap ilmu itu. Bukan semata-mata hafal. Jika hafal, berapa lama ianya mampu bertahan dalam kotak fikiran kita, contohnya untuk satu formula ini:

Distance
Speed
Time

Hubungan antara formula ini boleh dimudahkan dengan membina satu ayat ringkas:

Gambarajah piramid kaitan formula ini boleh difahami dengan mudah jika kita membina ayat seperti
( DIN SUKA TIMAH)
Ayat-ayat yang dekat dengan kita, yang ada dipersekitaran kita.


Formula mengingati trigonometri 



Untuk memahami quadrant (sukuan ) dalam trigonometri kita buat ayat contoh: 
(SAYA SUKA TANGKAP KATAK), SAYA merujuk kepada quadrant 1 (semua positif), SUKA merujuk kepada quadrant 2 (Sin positif), TANGKAP merujuk kepada quadrant 3 (Tan positif) dan KATAK merujuk kepada quadrant 4 (Kos positif).

Manakala untuk menguasai formulanya pula ialah : contohnya, buat gabungan ayat:

Tan = Setentang (Opposite) / sebelah (adjacent) --> TANTELAH
Sin = Setentang (opposite) / hipotenus                --> SINTENUS
Kos = Sebelah (adjacent) / hipotenus                 --> KOSENUS


Mudah-mudahan kita dapat berkongsi lagi pelbagai kaedah penguasaan ilmu matematik khususnya atau apa saja amnya. Selamat mencuba.

Isnin, 30 Mei 2011

Soalan SOLAF Ting. 5 JPN Perak 2011

SOalan LAtihan berFokus (SOLAF)

Fasa 1

Mathematics 1

Mathematics 2

Skema 1 & 2


Fasa 2

Mathematics 1

Mathematics 2

Skema kertas 1

Skema Kertas 2

Fasa 3


Mathematics 1

Mathematics 2

Skema 1

Skema 2


Kepada pelajar-pelajar ting. 5 atau ting. 4 yang mahu mencuba solan ini amat sesuai sebagai pengukuhan dan ulangkaji. Semakin banyak kita mendekati soalan-soalan SPM semakin kita mendekati A+ dan semakin kita merealisasikan ke arah SPM mantap.

Rabu, 25 Mei 2011

Nota Kalkulator

Nota Penggunaan Kalkulator saintifik (Powerpoint)

Super Sudoku

Kokuru

Intermediate Sudoku

Career In Maths (Powerpoint)

Uji Minda

Uji Minda


a.Jarum Panjang dan Jarum PendekJam dinding menunjukkan waktu pukul 12 tengah hari di mana jarum panjang sedang bertindih dengan jarum pendek. Dari waktu ini hingga ke-12 tengah malam, berapa kalikah jarum panjang akan bertindih dengan jarum pendek itu?

b.Berapa Ekor Ikan ?Sebuah aquarium telah dimasukkan sebaldi ekor ikan emas. Sejam kemudian 10 ekor ikan emas telah mati, iaitu 10 ekor daripada jumlahnya. Berapa ekor ikankah yang masih tinggal dalam aquarium itu ?

c.Umur Kura-kuraSeekor kera bertanya mengenai umur kura-kura yang dinaikinya. Kura-kura itu berkata "Semasa saya berumur 8 tahun, bapa saya berumur 34 tahun. Sekarang umur bapa saya 3 kali umur saya". Kera itu pun menggarukan kepalanya. Bolehkah anda menolongnya mencari umur kura-kura itu ?

d.Itik dan ArnabDalam sebuah sangkar terdapat 44 ekor haiwan yang terdiri daripada arnab dan itik. Jumlah kaki yang terdapat pada haiwan di situ ialah 100 batang. Ada berapa ekorkah itik dan arnab dalam sangkar itu ?

e.Apakah nombor itu ?Seorang guru memberikan suatu nombor kepada murid-muridnya. Murid-murid itu dikehendaki kuasa duakan nombor itu kemudian mengurangkan 39 darinya. Seorang murid yang tidak memberi perhatian pula mencari punca kuasa dua nombor itu kemudian menambah 39 kepadanya. Walau bagaimanapun, ia mendapat jawapan yang sama seperti murid-murid yang lain. Apakah nombor yang diberi oleh guru itu?

f.Tali dan AirSeorang pelayar menurunkan satu hujung daripada segelung tali dari tepi kapalnya. Hujung tali itu tidak menyentuh air. Jarak di anata hujung tali itu dengan permukaan air ialah satu perempat meter. Air laut di pelabuhan itu semakin meningkat pada kadar 1 meter per minit. dalam masa berapa minitkah air laut akan menyentuh hujung tali itu.

g.Aziz Dengan Sarung KakinyaAziz mempunyai 38 helai sarung kaki yang telah disimpan dalam sebuah bilik yang sangat gelap. 18 di antaranya adalah berwarna hijau dan yang lain warna biru. Pada suatu hari, Aziz ingin mengeluarkan sepasang sarung kaki dari bilik itu tanpa memasangkan lampu bilik. Dia perlu mengeluarkan sekurang-kurang berapakah sarung kaki supaya dia mendapat sepasang yang sama warnanya?

h.Siapa orang itu ?Dua orang sedang berjalan bersama-sama. Seorang darinya ialah dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Kanak-kanak itu adalah anak bagi orang dewasa itu tetapi orang dewasa itu bukan bapanya. Siapakah orang dewasa itu ?

Dunia Matematik

Marilah pelajar-pelajar sekalian mencuba soalan-soalan dibawah bagi manfaat bersama untuk kejayaan bersama. Cikgu doakan kamu semua cemerlang ok.

SBP Trial 09
Mathematics 1  Answer
Mathematics 2  Answer

Nantikan banyak lagi koleksi soalan dari cikgu untuk kalian semua. Ke arah SPM mantap. Seperti kisah burung gagak. Seribu orang akan memperlihatkan seribu kesudahan. Kita punya potensi diri yang boleh dikembangkan. Ayuh mulakan dan teruskan langkah sebagai seorang yang berguna didunia ini.

Jawapan soalan latihan Cuti Ting.4 Jun 2011

Selamat Mencuba, semak sesudah latihan diselesaikan, semoga kalian semua beroleh kejayaan yang terbilang SPM 2012.